Sindiket perjudian dalam talian berjaya ditumpaskan dengan penahanan 39 individu dalam serbuan di sebuah premis sekitar kawasan Jalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan dan asing.